<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Wednesday, March 28, 2007
Tip Kenalpasti Wanita Solo

teratak_romantic.gif


Cuba anda bayangkan jikalau semua wanita di dunia ini ditanda 'S' menandakan dia masih solo dan 'T' utk yg telah berpunya. Sudah pasti lebih senang untuk kita mengenalinya, bukan? Tetapi ia mungkin tidak adil bagi wanita kerana lelaki akan mudah mengenalinya. Sebenarnya utk mengenali seorg wanita samada masih solo atau sudah berpunya agak sukar, dan perkara ini tidak boleh ditentukan hanya dengan sekali saja. Sekarang anda perlu ingat tiada satu jalanpun utk mengetahui wanita itu sudah berpunya atau belum. Bagi anda yg masih keliru dan
mencari teman hidup, di sini ada beberapa tips dan panduan utk mengenali wanita solo.

Dia memandang penuh liar
Terdapat perbezaan antara wanita solo dan wanita yg sudah mempunyai pasangan iaitu melalui pandangan matanya. Sekiranya anda melihat wanita dan matanya meliar melihat sekeliling, mungkin dia sedang mencari pasangan yg sesuai. Kalau anda bernasib baik dia akan memandang anda. Jadi, cuba balas pandangannya..mungkin dia akan terhenti di situ. Bagi wanita yg mempunyai pasangan pula, biasanya bila mereka berada di dalam kumpulan, mereka tidak berminat utk mengenali mana2 lelaki dan bersikap acuh tak acuh.

Dia tersenyum ketika bersemuka dengan anda
Mata bertemu mata. Pandangannya tepat ke mata anda. Dengan perasaan malu dia mengukir senyuman kepada anda. BUkan senang utk wanita memberi senyuman kepada lelaki yg tidak dikenalinya. Lainlah jika dia sedang cuba mengenali lelaki itu. Sekiranya dia tersenyum dan memandang anda tidak berhenti, bermaksud dia mahu mengenali anda. Kesempatan inilah yg perlu diambil.

Dia senang bercakap dengan setiap lelaki
Wanita yang masih belum berpunya biasanya akan berbual dgn ramai lelaki. Sekiranya anda melihat dia bercakap dengan mana-mana lelaki, sebenarnya ini menunjukkan wanita itu jenis terbuka dan senang diajak berbual. Mungkin juga mereka ini bukan yg jenis banyak bercakap tetapi mereka cuba mendekati dan mengenali seorg lelaki utk dijadikan pasangan. Apa tunggu lagi! Inilah isyarat utk anda cuba mendekati dan mengenalinya lebih lanjut lagi.

Dia cemburu melihat pasangan lain
Sekiranya anda melihat seorg wanita memerhatikan pasangan lain dgn riak wajah yg sugul, bermaksud dia juga berharap utk mempunyai pasangan suatu hari nanti. Dia cemburu melihat org lain sedang berbahagia dan bergembira. Jadi, saat inilah peluang anda utk menghampiri dan berkenalan dengannya. Mana tahu jodoh anda dengan dia. Paling penting anda cuba utk mengenalinya.

Dia terus berterus-terang ttg statusnya
Utk lebih memastikan wanita itu masih solo, anda boleh cuba bertanyanya secara tidak langsung dalam bentuk jenaka seperti "Bila i boleh makan nasi minyak u?" Pertanyaan santai sebegini tidak akan menyinggung perasaan wanita sebaliknya anda mungkin dapat jawapan yg dinantikan jika dia berterus-terang masih solo dgn berkata "Nak makan nasi minyak macam mana....calon pun takde lagi.." Dari situ, anda boleh wujudkan perbualan utk mengorek rahsianya.

Dia tidak memakai sebarang cincin
Kadang-kadang cara paling mudah utk mengenali samada seseorg itu sudah berkahwin atau bertunang adalah dengan melihat jari manisnnya. Sekiranya dah ada cincin emas belah rotan,maknanya dia sudah berpunya dan anda hanya boleh gigit jari. Tetapi ada juga wanita yg suka memakai cincin sedemikian walaupun masih solo. Tips ini hanya terpakai utk mengenali wanita yg sudah berkahwin atau bertunang saja....

Selamat mencuba!!!


Posted at 12:56 am by Zamanhuda
Make a comment  

Takrifan Cinta

Takrifan Cinta

Cinta amat mahal takrifnya.........
itulah yang difitrahkan oleh ALLAH S.W.T kepada hambanya.........
Cinta hanya tertulis pada perkataan tapi gagal dilihat pada zahirnya.......
Kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya dan ingatlah pada yang satu, jujur pada yang setia, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu.........
Cinta tak akan datang kalo tak dicari, cinta juga tak akan dapat kalo tiada sape yang memberi...
Tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta! pada yang simpati....

BUKAN SEHARUSNYA(CINTA+KASIH+SAYANG+HATI)

CINTA :
(sebelum kahwin)
Cubit kiri, kanan rasa.
Impian indah ibarat syurga.
Nikah impian utama.
Taat setia membawa bahagia.
Awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
Cuka yang dituang pada luka.
Iblis yang merosak minda.
Nafsu semata-mata.
Tuba yang dibalas semula.
Api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
Kongsi semua suka duka.
Abang adik, ayang anja.
Sumpah janji di bibir sentiasa.
Istana bahagia dah dicipta.
Hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K aki tangan naik kat kepala.
Abuk pun tara, nak makan apa??
Simpati langsung tak ada.
Ironi membakar jiwa.
Hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
Sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
Asal free mesti nak jumpa.
You lap me, I lap you!
Apa saja sanggup diduga.
Nak itu, nak ini... mesti dapat.
Gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
Salah sikit kiamat d! unia.
Air tak sedap, basahlah mata.
Yang betul dia je.
Ada takde, bagi anak reti la.
Nak dilawan, digelar derhaka.
Gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
Hanya dikau yang daku cinta.
Air paip pun manis macam gula.
Tak jumpa sehari boleh jadi gila.
Igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
Hantu jembalang lagi sempurna.
Air mata jadi teman setia.
Tempat mengadu dah tak ada.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

TETAPI YANG SEHARUSNYA (CINTA+KASIH+SAYANG+HATI)

Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama.
Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal seblm nikah)
Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan.
Timang cahaya mata sebagi pengikat kasih sayang.
Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

Kasih berputik dikala pertunangan diikat.
Akad dilafaz cinta berbunga.
Suami disanjung-tinggi.
Isteri disayangi.
Harumlah kasih sepanjang zaman.

Sayangkan Isteri kasihkan suami.
Ada masalah, dibincangkan bersama.
Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Amalkan hidup bertoleransi.
Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama.
G aduh sesekali tu perkara biasa.

Hati suami mesti dijaga.
Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh.
Tanggung-jawab dipikul bersama.
Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti.



AnDaI kAtA CiNtA ItU sEbUaH PeNgOrBaNaN,
MeNgApA pEnGoRbAnAn ItU BuKaN nOkTaH sEbUaH CiNtA?
aNdAi KaTa dErItA iTu HaRgA sEbUaH cInTa,
mEnGaPa CiNtA ItU sEmAkIn SukAr UtK dImIlIkI?
cInTa SeUmPaMa KoTa kRiStAl,
InDaH dI PeNgLiHaTaN,
dERiTa Di PeRaSaAn...


user posted image "..Di kejauhan ini ku memerhatimu..rindu ini sering melanda hati.."

Posted at 01:50 pm by Zamanhuda
Make a comment  

Ada Kekuatan Di Dalam...., Untuk Semua...

Ada Kekuatan Di Dalam...., Untuk Semua...

Untuk Semua...

Ada kekuatan di dalam Cinta,

Orang yang sanggup memberikan cinta
adalah orang yang kuat
Karena ia bisa mengalahkan keinginannya
Untuk mementingkan diri sendiri...


Ada kekuatan dalam Tawa Kegembiraan,

Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat
Karena ia tidak pernah terlarut dengan tantangan
dan cobaan...




Ada kekuatan di dalam Kedamaian Diri,

Orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat
Karena ia tidak pernah tergoyahkan
Dan tidak mudah diombang-ambingkan...


Ada kekuatan di dalam Kesabaran,

Orang yang sabar adalah orang yang kuat
Karena ia sanggup menanggung segala sesuatu
Dan ia tidak pernah merasa disakiti.


Ada kekuatan di dalam Kemurahan,

Orang yang murah hati adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah menahan mulut dan tangannya
Untuk melakukan yang baik bagi sesamanya...


Ada kekuatan di dalam Kebaikan,

Orang yang baik adalah orang yang kuat
Karena ia bisa selalu mampu melakukan yang baik bagi semua orang.


Ada kekuatan di dalam Kesetiaan,

Orang yang setia adalah orang yang kuat
Karena ia bisa mengalahkan nafsu dan keinginan pribadi
Dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama...


Ada kekuatan di dalam Kelemah Lembutan,

Orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat
Karena ia bisa menahan diri untuk tidak membalas dendam...


Ada kekuatan di dalam Penguasaan Diri,

Orang yang bisa menguasai diri adalah orang yang kuat
Karena ia bisa mengendalikan segala nafsu keduniawian...


Sedarkah teman bahwa engkau juga memiliki cukup Kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini? Dimanapun, seberat dan serumit apapun juga. Karena pencobaan tidak akan pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita.


Ingatlah... "Jalan Buntu Di Hadapan, Ada Harapan Di Selekoh"

Posted at 11:51 pm by Zamanhuda
Make a comment  

Monday, June 23, 2008
Mengetahui Jenis-jenis Lelaki

Mengetahui Jenis-Jenis Lelaki

Lelaki adalah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, berjiwa seni dan lelaki sensitif.

Bagi wanita, penting untuk anda mengetahui jenia apakah kekasih anda. Susah sebenarnya hendak menjaga hati kaum yang dianggap gagah ini. Apatah lagi memikirkan apakah hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan mereka. Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.

LELAKI MANJA

-Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Paling kurang pun patung tweetie.
-Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)
-Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Loved Me)
-Perfume juga antara berangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
-Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.

LELAKI MACHO

-Lelaki macho pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggan kulit, memetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain.
-Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka suka.
-Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama.
-Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning call!
-Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter longbow Apache dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.

LELAKI BERJIWA SENI

-Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.
-Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
-Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampu membuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.
-Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
-Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
-Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.

LELAKI AKTIF

-Lelaki seperti ini lebih gemar brang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.
-Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
-Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu semas! Sekurang-kurangnya akan melihat jam itu setiap kali ada temu janji.
-Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.
-Seluar sukan berjenama terkenal huga antara barangan yang mereka suka.
-walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka jenis ini.

LELAKI SENSITIF

Opss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat.

-Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki biasanya suka menulis dan akan meluahkan perasaannya iyu didalam diari tersebut.
-Lelaki jenis ini lebih kuarang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian ung sesuai.
-Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan..Isya-Allah boleh berkekalan ke anak cucu.
-Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa lapangya dengan membaca..


Posted at 11:13 pm by Zamanhuda
Comments (3)  

Doa Untuk Kekasih

Doa untuk Kekasih

DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..
'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

teratak_smile.gif teratak_smile.gif teratak_smile.gif teratak_smile.gif teratak_smile.gif teratak_smile.gif teratak_smile.gif teratak_smile.gif teratak_smile.gif teratak_smile.gif



user posted image

user posted image


~Carilah seribu sahabat kerana sehibu sahabat masih belum banyak, Jauhilah seorang musuh kerana seorang musuh itu sudah cukup banyak~~Kesusahan itu datangnya tidak diundang tetapi ia tidak akan pergi kalau tidak diusir~


Posted at 11:35 pm by Zamanhuda
Make a comment  

Petua Pikat Perempuan

Petua Pikat Perempuan

6 cara pikat perempuan

Hati perempuan memang sukar untuk diduga. Menyelami hati mereka bermakna mencari apakah yang diingini oleh seseorang perempuan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu serta memahami apakah yang mungkin boleh menyebabkan lelaki sukar mempertahankan hubungan yang dibina dan bakal berhadapan masalah ketika hidup bersama mereka nanti. Ketahuilah perempuan biasanya tidak sukakan lelaki yang mudah berputus asa, tidak dapat memberikan tumpuan atatu komitmen sepenuhnya terhadap satu-satu perhubungan, kedekut, berlagak pandai dan sebagainya. Jadi antara perkara yang boleh kamu lakukan dan perbaiki dari masa ke semasa untuk menjaga perhubungan kamu agar terus berkekalan.


1. Jadilah lelaki pemaaf

Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu barkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa

Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu ikhlas an jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuanjuga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.



3. Komitmen

Masuk bab komitmen ni, sesetengah lalaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.

4. Berlagak pandai

Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awa perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu...

5. Berkongsi pendapat

Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah

Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlak ada batasannya. Bukan apa, ini smeua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.




~Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir~

Posted at 11:42 pm by Zamanhuda
Comments (38)  

Untuk Wanita

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari *Terimalah lelaki sebagai sediakala*. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.



2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.


4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.


5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah.
Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.


6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.


7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.


8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi
apa-apa.


9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.


10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.


11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.


12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.

Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.


13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.


14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.


15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.


16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.


17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.


18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.


19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.


20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.


21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya



Posted at 11:47 pm by Zamanhuda
Comment (1)  

Ada Apa Dengan Lelaki?

Ada Apa Dengan Lelaki?

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.




Posted at 11:47 pm by Zamanhuda
Make a comment  

Tuesday, June 24, 2008
Kasih Sayang Cara Islam

Kasih sayang mempunyai erti begitu tinggi nilainya sehinggakan manusia sanggup bertindak liar kerana tidak mampu mengawal perasaan. Kasih yang mengikut perasaan boleh menyimpang daripada kehendak Tuhan.

Oleh itu, kasih sayang tanpa kawalan dan berbelah bagi tidak direstui dan diredai Allah.

Dalam jiwa setiap insan pasti disemat dengan sifat kasih sayang, tetapi tidak semua berjalan di atas landasan sebenar dengan mengikut perasaan. Ada antaranya bertindak atas landasan yang dihanyuti arus kerana godaan syaitan.

Sesungguhnya kerja syaitan adalah memesong dan menyesatkan. Akibatnya jika tidak dijaga, tidak akan wujud kasih sayang dan takwa.

Tiga perkara penting dalam perjuangan kehendak manusia iaitu harta, takhta dan wanita.

Jika tidak dikawal tanpa berlandaskan garis panduan Allah yang Maha Esa, akan membawa padah yang boleh memesongkan iman manusia.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi.”
- (Surah al-Munafiqin, ayat 9)

Sesiapa yang terpesong akibat berebut harta, takhta dan wanita akan melupai nilai sebenar kasih sayang dan takwa.

Mereka hanya mampu berkasih sayang di kalangan sebaya, sedangkan menyemat kebencian dan bermusuhan pula dengan lawan mereka. Rapat sesama sebulu hanya kasih mengikut nafsu. Kasih sayang dan bertakwa hanyalah kerana Allah. Fahaman walaupun tidak sama tetapi Islam menggalakkan hidup berbaik dan menjauhi sebarang masalah.

Ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
- (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Pada hari ini, ada umat Islam tenggelam dalam laungan ombak perjuangan, tetapi pada masa sama lupa menyemat nilai berkasih sayang mengikut landasan Islam.

Demi kerana berlainan fahaman ideologi dan pendekatan politik, mereka sanggup bertindak secara fanatik. Memaki hamun sesama seagama !

Yang nyata, manusia tidak akan sefahaman sampai bila-bila, tetapi mengapa asas persaudaraan Islam pula dicabul dan dinodai.

Fahaman berbeza sepatutnya tidak menggugat hubungan bersaudara. Di manakah letaknya nilai agama?

Hidup berprinsipkan kebencian sesama saudara semakin menular dalam umat Islam hari ini tanpa takutkan dosa.

Memaki hamun, menghentam dan berdendam sesama sahabat, tidak dihiraukan lagi. Janganlah kerana hendak mengejar harta, takhta dan wanita, umat Islam sanggup memutuskan kasih sayang sesama saudara.

Umat Islam perlu sedar, perkara ini berlaku dalam masyarakat hari ini, yang mana sifat kebencian, kecam-mengecam dan dendam-mendendam adalah kenyataan yang dapat dilihat dengan jelas pada masa ini.

Perlu diingat, kebencian bukan tiket ke syurga. Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: “Tidaklah kamu masuk syurga tanpa beriman dan tidaklah sempurna iman kamu tanpa berkasih sayang, inginkan kamu ku tunjukkan sesuatu apabila kamu kerjakan, terwujudlah kasih sayang di kalangan kamu? Semarakkanlah salam di kalangan kamu.”
Mengapakah pula salam pun sukar disambut, sedangkan sifat Muslim adalah lemah lembut.

Jika mahu meningkatkan nilai penghayatan Islam, setiap orang Islam mesti mengakui semua orang Islam adalah saudaranya tanpa dibataskan dengan anutan parti dan perbezaan fahaman.

Allah mengiktiraf isyarat bahawa salam itu tanda seseorang Islam. Firman Allah bermaksud: “Hai orang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu: Kamu bukan seorang mukmin (lalu kamu membunuhnya) dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, kerana di sisi Allah ada harta yang banyak...” - (Surah an-Nisa, ayat 94)
Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: “Orang Islam bersaudara sesama Islam. Tidak boleh menganiaya dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tidak boleh membohonginya dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu di sini, kata Nabi sambil menunjuk ke dadanya tiga kali.”

Cukup banyak kejahatan seseorang itu apabila dia merendah-rendahkan saudaranya sesama Islam.
(Kitab Matnul Arbainan Nawawiyah)


Posted at 12:02 am by Zamanhuda
Comment (1)  

Andainya Perempuan Tahu

Andainya perempuan tahu.........

-Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

-Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

-Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

-Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

-Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

-Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

-Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

-Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

-Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

-Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..teratak_smile.gif

-Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

-Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

-Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

-Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

-Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Posted at 12:07 am by Zamanhuda
Make a comment  

Next Page